sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..

" sebab kenapa pentingnya seorang sahabat "


1. Teman - Sahabat boleh didapati dimana-mana. Sesiapa sahaja. Andai kata suatu hari kamu pergi ke tempat yang sangat asing dan tidak kenal sesiapa pun, saya pasti dan sangat pasti kita akan menetapkan sesiapa yang boleh kita percayai dan mula menjadikan mereka teman atau sahabat. Jika kita terlalu terasing tanpa teman, mampukah kita terus bertahan?

2. Pendengar dan Pengkritik - Kecuali kamu seorang yang bisu, kamu tidak akan menceritakan kenangan, masalah, dongengan atau idea kepada sahabat. Tapi sebagai manusia, kita akan terus berkomunikasi sehingga bila-bila walau dengan apa cara sekali pun. Sahabat adalah seorang pendengar kepada bahan cerita kita. Mereka juga punyai ruangan yang luas untuk mengkiritik atas segala apa yang kita sampaikan. 

Ini memberikan peluang yang baik untuk kita berfikir semula apabila sudah menerima. Kritikan bukan hanya untuk menghancurkan. Kritikan juga berupa sebuah nasihat cuma dengan cara penyampaian yang berbeza. Kritikan juga boleh memulakan perbincangan. Perbincangan menghasilkan idea. Idea penting untuk seorang pemimpin.

3. Pencerita - Kita juga sahabat kepada mereka. Jadi, kita juga pendengar dan kita juga pengkiritik atas segala cerita mereka. Dengan menjadi pendengar, ini memberi pulangan sebuah pengalaman dan pengajaran kepada seorang pemimpin.

Dengan juga menjadi seorang pengkiritik, ianya membuka ruangan untuk berfikir dan membina jalan untuk sebuah penyelesaian. Jika cerita yang disampaikan tentang kejadian buruk, kita akan mengambil iktibar dan mempelajari pengajarannya. Jika cerita baik, kita akan turut sama menumpah pengalaman tentang formula kebaikkan tersebut.

Ingat, guru terbaik untuk kehidupan adalah pengalaman. 

4. Mengembangkan Perhubungan - Seperti media sosial, sahabat anda mungkin sahabat saya atau bakal sahabat. Bakal sahabat? Ini berlaku apabila sahabat kamu memperkenalkan sahabat mereka. Ini penting kerana ianya mengembangkan jaringan anda atau lebih kita fahami "Network". 

Setiap manusia punyai kemahiran dalam bidang masing-masing yang pelbagai. Jadi, jaringan membuka peluang untuk seorang pemimpin mengenal pasti dan menggunakan peluang tersebut dalam menambah baik sesuatu proses atau menyelesaikan masalah.

5. Pembimbing - Pemimpin juga perlukan bimbingan. Tidak semua yang dibimbing betul. Sebagai manusia biasa, tidak akan lari kita daripada masalah dan tidak akan kita berhenti untuk menjadi lebih baik. Sahabat dapat membimbing kerana mereka punyai latar belakang dan perjalanan hidup berbeza dari kita.

Sahabat yang baik tidak sanggup untuk melihat sahabat mereka terjatuh sekali pun. Justeru, mereka pasti akan menghadirkan bantuan dan bimbingan serta langkah berguna dalam menghadapi apa sahaja keadaan. Semakin ramai sahabat membimbing seorang pemimpin, semakin berjaya mereka suatu hari kelak.

Pentingnya seorang sahabat ke atas kejayaan seorang pemimpin amatlah banyak dan besar. Binalah empayar kejayaan berseorangan, tanpa pertolongan sesiapa. Pasti berjaya, tapi berapa lama dan berapa jauh nilai kejayaan tersebut. Ataupun, segala usaha hanya sia-sia.













\





















One thoughts on “" sebab kenapa pentingnya seorang sahabat "

membebelku di sini kerana naluri hatiku .. =)

WELCOME TO CORETAN KECHIQ BLOG !!!!

| KECHiQ KET0T |

| KECHiQ KET0T |
JiKA haTi saYa saYang dekAT seorang iTu , hANya itU Yang AkaN sayA SAyANG .. =) ..

MUHD LUTFI BIN MOHAMAD =)

sila klik PREVIOUS =)


Blogger Tricks

norhaslinda_kechiqketot@copyright.com. Powered by Blogger.

Popular Posts

Blog Archive

About Me

My photo
penang, pulau pinang, Malaysia
tentang hidup saya disini .. tentang keluarga saya disini .. tentang sahabat saya disini .. segalanya disini .. =)

Followers