
omeyyy kan ??? hahhahahaahaaahaha .. agak2 dia sihat ke tak .. bahagia ke tak dengan GF dia pun tak tahu laaa .. tapi .. hmm serius rasa macam perlukan dia untuk dengar luahan hati ni .. =/ ..
kalau dia ada boleh ngadu dekat dia masalah yang tengah hadapi sekarang .. tapi .. hmm jaoh .. HAHHAHHAHAHAHA .. haish rindu pulak nak dengar dia panggil kerengga .. apa-apa pun .. hope dia sentiasa ingat pesan kerengga ni .. =) ..
relakan jiwa
Kusangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta
Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku
Kini kau pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri
Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku
Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari
Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkian setiap sepi hatiku
Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk dicinta dan mencintai
Kurelakan jiwaku padamu
Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari
Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menhidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku
Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
Sehingga kau datang membangunkan aku
* lagu ni awak nyanyi masa birthday awak dan first puasa untuk tahun 2013 ni .. mungkin ini lagu terakhir yang awak akan nyanyi untuk saya kan ?? =/.
malaikat pelangi cinta ..
Kasih kau bagaikan pelangi
Mewarnai bahtera hidupku
Kau tetap terbaik untukku
Kau tercantik, engkaulah cintaku
Kau bagai malaikat yang selalu setia
Melindungi menjaga dan mendampingiku
Baik dalam susah dan senang
Kau selalu ada bersamaku
Setiap malammu selalu ku melindungimu
Di bangun tidurmu ku ingin selalu di sampingmu
Dalam tidurmu ku selalu ingin di sisimu
Kasih kau adalah nyawa nafas dalam hidupku
Kau adalah pelita terang dalam jiwaku
Aku tersadar melihat kebahagiaan itu seperti pelangi
Aku pun berjanji akan selalu menjagamu
Melindungi dan berdoa untukmu
Semoga apa yang kau inginkan tercapai selalu
Hidupku adalah milikmu
Hidupmu adalah hidupku
Kebahagiaanmu adalah kebahagiaanku
Kesedihanmu adalah kesedihanku
Nyawamu adalah hidupku
Kasih kau adalah nyawa nafas dalam hidupku
Kau adalah pelita terang dalam jiwaku
Aku tersadar melihat kebahagiaan itu seperti pelangi
* first time awak nyanyi lagu ni untuk saya .. saya diam jaa .. sebab tak tahu lagu apa .. lepas tu awak suruh dengar lagu ni .. saya terus dengar dan hafal lirik lagu ni .. dan sampai sekarang tak pernah stop dengar lagu ni .. =) ..
agak-agak bila awak nak nyanyi lagi untuk saya .. hmm .. =/ ..
spend time with my sayang - sayang .. =) ..
bila dah jemu dengan alam praktikal .. kalau boleh .. nak katakan .. tiap-tiap hujung minggu .. kami ( LINDA & TYKAH ) akan pergi rumah FARAH DINA & AIDA DZAABA ..
Tak kira lah macam mana susah payah sekalipun .. ada duit jaa kami akan fly ke rumah mereka ..
kalau nak ikutkan susah payahnya kami nak datang .. kami akan cuba datang juga demi nak jumpa dengan diaorang .. lepak dengan diaorang .. luah perasaan masing-masing .. buat kecoh sampai subuh .. macam-macam lah .. maklum laaa .. dulu dekat hostel 24 jam nan diaorang .. now dapat jumpa hujung minggu jaa ..
KISAH MINGGU LEPAS ..
* okeyh .. yang si laki hitam manis tu akmal .. teman tapi mesra tykah ..
aku kenal dia dari mula-mula masuk ILP sampai sekarang ..
dia first lelaki yang aku kenal dan bawa kiteorang keluar waktu minggu MSR awal tahun 2012 dulu.
kalau nak buat kisah novel tentang diaorang nie memang takkan ada penhujung nya ..
aku sendiri pun tak faham .. heheehehe =) ..

* waktu ni kiteowg pergi SUNWAY CARNIVALL MALL dekat PENANG .. =) ..
tu , tengok kasut aku tu .. teringin jugak nak jadi tinggi .. =D ..

* yang hat ni tangkap gambar curi .. saja jaaa nak pekenakan kami .. -_- ..

* yang ni dekat BAGAN AJAM ..
sampai ada orang cakap kiteowg punya pakaian bermain denga kontra warna ..
standard laaa budak MULTIMEDIA INTERAKTIF .. hehehehehe ..

* nampak macam-macam muka pelik .. =D ..
yang hat menggoda tu paling suka .. =) ..

yang ni KISAH MALAM tadi ..
* disebabkan semasa dalam perjalanan nak pergi rumah diorang .. situasi dekat atas JAMBATAN PULAU PINANG .. aku ternampak BULAN tu sangat laaa besar dan lawa .. serius .. lawa sangat.
disebabkan itu .. lepas ja sampai dekat tempat kerja diaorang ..
pergi minum .. tunggu mama aida balik ..
capture gambar .. =D ..
tapi bulan tu tak nampak besar sangat ..
sebab dia dah naik ke atas ..
hahaahahahahaha ,, macam tak betul ja ayat aku ni .. -_- ..

* lastly .. thanx untuk PAAH N MAMA sebab sanggup tumpangkan kiteowg tiap-tiap minggu .. nak tunggu hampa mai rumah sewa kami memamg tak laaa kan .. -_- ..
terima kasih juga sebab bagi pinjam baju ..
heheeheheheeehehe ..
muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ..
<3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3
Kisah Hati Perempuan Pada Seseorang
Dan kadang bila kita mampu melihat air matanya yang mengalir.Sungguh di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya.Dan seolah telah hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu.Dan jika kita terus biarkan dia dalan kesedihan, mungkin dia melakukan perkara di luar kawal.. Bimbinglah dia.. Tenangkan lah hatinya.
Di saat menitisnya air matanya itu, jika kamu berpesan padanya dan berjanji takkan melukai lagi perasaannya.Dia akan menerima kata katamu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara.Dan jika kamu berpesan jangan menanggis lagi dan akan menjaganya.Lantas dia akan mengenggam erat tanganmu.Di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya.
Dan kadang dia jarang menyatakan kata rindu, janganlah kamu berangkapan tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu. Sengaja dia memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga bunga jika seorang yang dia cintai memberitahu sedang rindukanya.Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Kadang dia tidak dapat melakukan kerja kerana amat merindui kamu.
Apabila dia berkata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata. katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Kerana kamulah dunianya selamanya.
Kadang dia menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Kata orang keras keras hati perempuan mampu cair dengan janji manis sang pemujanya.
Dan kadang apabila dia berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.Dia terlalu emosional.Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri kamu.
Itulah sedikit kisah hati perempuan pada seseorang.Seseorang di sini bermaksud lelaki yang disayangi dan dicintainya.Jika anda bukan lelaki tersebut, sejauh mana langkahmu pasti tiada hasilnya.Kerana sekali perempuan itu telah jatuh hati, amat susah untuk si dia melepaskan di dalam jiwanya.Akan mengambil masa yang lama untuk pulih.
TANDA - TANDA ANDA TERKENA SIHIR
Jika anda mengalami salah satu dari tanda-tanda di bawah, anda berkemungkinan diserang penyakit bersifat non medic, terkena sihir atau berpenyakit misteri !
i) Malas untuk melakukan rutin seharian / amal ibadat / pekerjaan.
Tiba-tiba anda malas melakukan kerja seharian yang anda biasa lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas untuk beribadat (seperti sembahyang, zikir, membaca al Quran). Hilang semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga / saudara terdekat.
ii) Tidak mampu untuk mengawal diri anda sendiri.
Anda tidak berkemampuan untuk mengawal diri anda, hilang kawalan dengan tiba-tiba (yang menyebabkan anda pengsan, histeria, mudah marah, tension, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu anda mengawalnya.
iii) Sentiasa alami gangguan semasa / sebelum tidur.
Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur. Alami mimpi yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum tidur.
iv) Dada / Jantung sentiasa berdebar-debar
Alami penyakit dada / jantung berdebar dengan tiba-tiba (anda tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh dikawal)
v) Hilang selera makan
Gangguan selera makan dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak.
vi) Masalah hubungan suami – isteri
Hubungan yang baik suami – isteri, tiba-tiba bermasalah. Rindu dengan suami / isteri bila berjauhan tetapi akan benci / sering bergaduh bila berjumpa / dirumah. Sentiasa bergaduh walau tiada sebab yang besar.
vii) Suka Bersendirian / Sedih
Anda sering berasa sedih, duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, berfikir untuk mati (membunuh diri), rasa seperti tidak berguna.
viii) Kesan lebam pada tubuh
Terdapat kesan lebam tanpa tahu puncanya. Kesan lebam ini terutamanya disekitar tangan, betis, lengan dan peha.
ix) Berasa tidak tenteram dirumah
Rasa seram, takut, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah.
x) Ternampak / terdengar sesuatu yang pelik
Sering ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga untuk melakukan perkara pelik seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya meghasut untuk kearah perkara yang bersifat jahat, halusinasani dan sebagainya.
xi) Melihat / bermimpi binatang.
Melihat binatang berbisa seperti ular, kala jengking di dalam rumah. Bermimpi melihat binatang berbisa (ular, kala jengking), kucing, anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah, kematian yang pelik-pelik.
xii) Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba.
Perniagaan yang berjalan baik tiba-tiba terganggu. Jualan menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai, kakitangan sentiasa bermasalah.
50 SEBAB SAYA SAYANG AWAK =)
Nak tahu kenapa SAYA SAYANG AWAK ?
>>>>> Saya sayang awak sebab :
1. Awak sentiasa dalam hati saya .
2. Saya nak jaga awak sampai saya mati .
3. Awak seorang yang baik .
4. Awak boleh mendengar kata .
5. Awak kata awak setia .
6. Awak buad hidup saya rasa bahagia .
7. Saya selesa dengan cara awak .
8. Awak tak penah ajar saya buad jahat .
9. Awak rajin sembahyang .
10. Saya suka dengar nasihat-nasihat yang awak bagi .
11. Awak seorang anak yang baik .
12. Awak seorang abang / anak yang bertanggungjawab .
13. Saya nak awak selalu ada dalam hidup saya .
14. Awak tak pernah maki saya .
15. Awak takkan pernah biarkan saya sedih .
16. Saya nak tengok awak bahagia .
17. Saya rasa awak bukan macam lelaki yang kat luar too .
18. Awak mampu untuk ubah saya jadi yang lebih baik .
19. Awak seorang yang kuat semangat .
20. Saya nak selalu buadkan makanan untuk awak dan bagi awak makan .
21. Walaupun awak jauh,awak tak lupa saya .
22. Awak suka buad saya tersenyum .
23. Saya tak boleh hidup tanpa awak .
24. Awak berpandangan jauh ke depan .
25. Saya nak awak jadik menantu mak abah saya .
26. Awak suka bagi saya gelak bila baca mesej awak .
27. Awak tak kuat makan macam saya .
28. Saya suka bila tengok awak senyum , omeyy sangat .
29. Awak seorang yang berterus terang .
30. Saya tak suka pada lelaki yang hipokrit , awak je tak kan .
31. Awak layan saya dengan baik .
32. Walaupun saya marah , awak tetap cuba untuk ambik hati saya semula .
33. Awak kata awak bukan kaki perempuan .
34. Awak selalu nasihat saya .
35. Awak dah kehilangan seorang kekasih dan saya nak cuba lengkapkan hidup awak semula .
36. Saya suka tengok family awak happy .
37.Awak selalu jelaskan benda yang kurang pasti .
38. Saya nak sentiasa ada dengan awak .
39. Saya tak nak tengok ada perempuan lain yang cuba main-mainkan perasaan awak .
40. Saya nak awak jadi milik saya seorang .
41. Awak ada apa yang saya takda , jadi saya boleh tumpang kebahagiaan awak .
42. Awak dah buat hati saya terbuka untuk awak.
43. Awak rajin comment dekat status saya .
44. Saya tak nak sayangkan orang lain selain awak .
45. Saya jealous bila ada perempuan lain rapat dengan awak .
46. Saya tak boleh nak lupakan awak .
47. Kadang-kadang awak ni tak mudah nak mengaku kalah .
48. Awak seorang yang sempurna .
49. Awak boleh betulkan apa yang salah saya lakukan .
50. Saya nak awak jadi cinta terakhir dalam hidup saya .
***** TIADA SEBAB YANG DIPERLUKAN UNTUK SAYANGKAN SESEORANG . JADI , KEIKHLASAN ITU YANG PALING PENTING DALAM MENJAMIN PERHUBUNGAN YANG SEMPURNA ~
membebelku di sini kerana naluri hatiku .. =)
WELCOME TO CORETAN KECHIQ BLOG !!!!
| KECHiQ KET0T |
JiKA haTi saYa saYang dekAT seorang iTu , hANya itU Yang AkaN sayA SAyANG .. =) ..
MUHD LUTFI BIN MOHAMAD =)
sila klik PREVIOUS =)
Blogger Tricks
norhaslinda_kechiqketot@copyright.com. Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Nak tahu kenapa SAYA SAYANG AWAK ? >>>>> Saya sayang awak sebab : 1. Awak sentiasa dalam hati saya . 2. Saya ...
-
23 hingga 1hb Disember - Merah 2 hingga 11hb Januari - Oren 12 hingga 24hb Januari - Kuning 25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah ja...
-
21 MAC 2011 ... tarikh yang tak dapat dilupakan .. seorang insan yang bergelak MAK , pergi meninggalkan 8 orang anaknya .. hmm mak ,, adik...
-
26 MAY 2013 ... tarikh yang payah nak lupakan .. tarikh kiteorg start chat dekat facebook .. dan start rapat .. memang sebelum ni kiteorg d...
-
Aku menangis, bukan kerana aku memerlukanmu, bukan aku mahu kau kembali kepadaku, tetapi kerana aku akhirnya menyedari aku terpaksa belajar ...
-
" Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,debu beralih emas,keruh menjadi bening,sakit menjadi sembuh,penjara menjadi telaga,derita me...
Blog Archive
About Me
- coretan kechiq
- penang, pulau pinang, Malaysia
- tentang hidup saya disini .. tentang keluarga saya disini .. tentang sahabat saya disini .. segalanya disini .. =)






